Malang tidak berbau apabila pelakon popular Jue Aziz dilaporkan telah keguguran buat kali ketiga di sepanjang perkahwinannya.
MH Online difahamkan, Jue keguguran kerana gangguan mistik dan disebabkan itu dia kerap mengalami keguguran.
Untuk pengetahuan semua, pasangan Jue dan Bayu bernikah pada 9 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka belum dikurniakan zuriat lagi. Anak yang kini dibawah jagaan Jue itu merupakan anak angkat mereka.
Diharapkan semoga Jue reda dengan ujian dan dugaan yang diterima serta teruskan ikhtiar menangani kemelut yang dialami.
0 comments:
Post a Comment