Ini Kata² Hakim Buat Bapa Yg Rogol Anaknya Sampai Mengandung Hingga Membuatkannya TERDUDUK & MENANGIS ! Memang Deep !
KUCHING: “Sebagai bapa awak pelindung kepada anak, sedangkan haiwan pun tahu jaga anak.”
Demikian tempelak seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini hari ini sebelum menjatuhi hukuman penjara 54 tahun dan sebatan 21 kali terhadap seorang bapa yang tergamak merogol anak kandungnya sendiri sehingga hamil, bulan lalu.
Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menjatuhi hukuman tersebut setelah penganggur berusia 40 tahun itu mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anaknya yang berusia 17 tahun.
Kejadian didakwa berlaku di rumah tertuduh di Kampung Sinjan, Petra Jaya di sini pada pukul 3 petang, 12 dan 21 November lalu serta pukul 6 petang, 20 November lepas.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash Somiah mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebat.
Dayang Ellyn Narisa menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan sebatan tujuh kali bagi setiap pertuduhan yang diperintahkan berjalan secara berasingan bermula hari ini.
Sebaik sahaja selesai hukuman dijatuhkan, tertuduh yang dilihat berdiam diri sepanjang prosiding sempat membuat permintaan mahu berjumpa anak-anaknya sebelum dihantar ke penjara.
Namun hanya seorang anak remaja lelakinya hadir di mahkamah dan dia mengambil kesempatan mencium tangan bapanya semasa dibawa keluar oleh anggota polis mahkamah.
Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang enggan menghadiri perbicaraan itu ketika ditemui menyatakan rasa bersyukur dan berpuas hati dengan keputusan mahkamah.
Laporan akhbar sebelum ini melaporkan, tertuduh ditahan di rumahnya pada pukul 10.30 pagi, 25 November lalu, selepas anaknya membuat laporan polis ekoran tidak tahan menjadi mangsa kerakusan bapa kandungnya itu.
Remaja itu dipaksa menjadi hamba seks kepada bapa sendiri yang positif dadah semasa ditangkap, sejak Julai tahun lalu sehingga kali terakhir 21 November lalu yang turut disaksikan oleh ibunya.
Mangsa yang kini hamil 10 minggu sedang menerima rawatan kaunseling di sebuah pusat kebajikan di sini.

0 comments:
Post a Comment