Saturday, 3 December 2016

Filled Under:

Baru 2 Jam Kahwin, Isteri Dah Buat Hal.. Suami Nekad Ceraikan Talak 3.. Besar Sangat Ke Kesalahan Aku Ni ? Korang rasa patut ke suami dia ceraikan dia sebab ni je ? Tapi kalau baru 2 jam kahwin dah tak nak dengar cakap, mungkin patutlah kena cerai.

Baru 2 Jam Kahwin, Isteri Dah Buat Hal.. Suami Nekad Ceraikan Talak 3.. Besar Sangat Ke Kesalahan Aku Ni ? Korang rasa patut ke suami dia ceraikan dia sebab ni je ? Tapi kalau baru 2 jam kahwin dah tak nak dengar cakap, mungkin patutlah kena cerai.





Satu pasangan di Arab Saudi bercerai selepas dua jam berkahwin gara-gara si isteri berkongsi gambar perkahwinan mereka di aplikasi mesej Snapchat.



Pengantin lelaki berkenaan bertindak sedemikian selepas mendapati isterinya melanggar perjanjian yang dibuat antara mereka iaitu untuk tidak memuat naik sebarang gambar dari majlis itu, lapor media tempatan.



'Penceraian ekspres' itu seterusnya menyebabkan pergaduhan besar antara kedua-dua belah keluarga tersebut dengan ada antara mereka yang menyifatkan itu perjanjian yang tidak adil.



Adik kepada pengantin wanita memberitahu portal Okaz: "Ada satu perjanjian yang dibuat antara kakak dan abang ipar saya supaya tidak menggunakan aplikasi-aplikasi sosial media seperti Snapchat, Instagram atau Twitter untuk menyiarkan atau menghantar gambar.



"Perjanjian itu termasuk dalam kontrak perkahwinan.



"Malangnya kakak saya tidak menghormati perjanjian terbabit dan menggunakan Snapchat untuk berkongsi gambar dari majlis perkahwinan dengan rakan-rakannya. Ia menyebabkan pengantin lelaki membuat keputusan mengejut untuk membatalkan perkahwinan mereka dan bercerai."




0 comments:

Post a Comment